Archive for November, 2007

Nak bercouple tak?

November 29, 2007

Nak couple boleh tak?

Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.


Apa Itu Ber ‘couple’?

Ber‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ada yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.

Read the rest of this entry »

Bahana Hutang

November 23, 2007

08-05-07_1059.jpg

sudahkah sahabat, rakan taulan, saudara/ri melangsaikan hutang? selesaikannya sebelum ia menjadi semakin parah. sehinggakan boleh membawa , terbawa2 ke tempat bersemadi. akhirnya menyebabkan ia membawa kemudaratan kepada org yg masih hidup.

Nilai 20 sen

November 15, 2007

apa nilai 20sen bagi anda?

penulis: berapa ye harga semuanya?
cashier: lima ringgit sepuloh sen
wanita itu: semuanya berapa dik?
cashier: lima ringgit dua puloh sen…
wanita itu: …{hulurkan RM5..}
cashier: harganya RM5.20 semuanya ,kak…lagi 20sen tak cukup…
wanita itu: erm, ini je akak ada dik. harga susu tin ni berapa ye? tak ada yg lebih kecil..?
cashier: erm….{serba salah…}
wanita itu: {serba salah…}
penulis: {dlm kocek banyak syiling ni…wait, tunggu kak…!}
wanita itu: {hulurkan juga RM5.00…}
cashier: {silence + bad face…=( }
wanita itu: takpe la, dik. akak beli roti je. akak letak balik susu ni…
penulis: {nanti kak!…biar saya yg setelkan lagi 20 sen…alamak, dah terlambat…}
wanita tu: berapa ye dik duit roti ni?
cashier: RM2.00…
wanita: terima kasih…{melangkah keluar kedai}
penulis: ….
penulis: ….

FirmanNya: “Tolong-menolong lah kamu dlm sesuatu kebaikan, jgn lah kamu tolong menolong dlm satu keburukan…”

Bersyukur seadanya

November 14, 2007

Firman-Nya: Bersyukurlah dgn nikmat-Nya, nescaya akan dilimpahkan lagi akan rezeki keatas kamu…” [aukamaQol]

ini sebagai satu lagi motivasi kepada umat islam dlm mengharungi hidup, aktiviti seharian. penulis ingin fokus dlm konteks kehidupan sebagai muslim di tempat kerja. khusus utk mereka yg bekerja mencari rezeki halal. fokus penulis utk memberi ingatan buat diri ini yg amat longlai + lemah, kadang2 bersemangat, kadang2 lemah kembali, dan seterusnya terjadilah satu rangkaian hidup yg tidak mencerminkan seorg yg cemerlang dr segi kegiatan seharian mencari rezeki. diri ini barangkali lupa pada kalimah keramat: bersyukurlah, nescaya akan Ku tambahkan nikmat Ku…
dlm konteks kerja, penulis ingin sekali lagi memotivasikan diri ini serta kalian sahabat diluar sana, agar sama2 bersemangat dlm membuat kerja, kerana kerja itu adalah satu amanat. org yg tidak peka dgn amanat ini, penulis berani mengistiharkan mereka itu sebagai golongan yg dikatakan ‘pentingkan diri sendiri’. soalnya, mengapa??
bersyukur bukan bermaksud utk melemahkan langkah menuju ‘kehadapan’ dlm konteks kerja, tapi bermaksud utk terus mara+maju & berdaya saing. disamping tidak melupakan bhw masih ada golongan yg tidak bernasib baik dr kita. maka, bersyukur lah…nescaya kamu akan ‘kuat’ dlm melaksanakan amanat kerja seharian kamu….insyallah
jumpa lagi =)

Master?

November 4, 2007


tuntutlah ilmu walau ke negeri china. lebih kurang itu lah maksud sebuah riwayat.
ini menunjukkan betapa ilmu itu perlu di dalami, walau dimana jua kita berada. ada peluang utk meneruskan pembelajaran ilmu, maka teruskan. diketahui bhw ilmu itu boleh diperolehi dr 2 faktor yg berbeza, iaitu lah pertama menerusi pengalaman seharian, yg sering dipanggil sbg ilmu tak formal, & yg keduanya ilmu secara formal yakni melalui sistem yg terperinci yg telah diatur, diolah sebegitu rupa supaya ilmu itu boleh dirujuk & diperhalusi oleh generasi semasa ke generasi seterusnya.
bercerita pasal ilmu ni, penulis sebenarnya ingin mencuba nasib. mencuba nasib utk memohon melanjutkan disiplin ilmu kejuruteraan yg telah diperolehi sehingga peringkat sarjana muda shj. ilmu engineering ini lah telah mematangkan penulis dlm mengharungi hidup ini…
masa cukup mencemburui. skrg penulis terpaksa strict & ketatkan masa utk sesuatu aktiviti. penulis sedang belajar utk menjadi seorg pengurus yg berjaya…berjaya mengurus diri & org di sekeliling dgn baik & saksama, insyallah.

salam hormat + slmt mlm…