Ibu vs pasangan

January 11, 2008

….kiriman seorg sahabat lama,
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah, alfatihah…”

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku …ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu…Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ….. aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. …aku nak talipon Ibu
Selalu …aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk Ibuku


My date with another Women

January 6, 2008

Here is another beautiful story that touched my heart, trust you will
enjoy reading it and then practice it .. too.
After 21 years of marriage, my wife wanted me to take another woman
out to dinner and a movie. She said I love you but I know this otherwoman loves you and would love to spend some time with you.
The other woman that my wife wanted me to visit was my MOTHER, who has
been a widow for 19 years, but the demands of my work and my three
children had made it possible to visit her only occasionally.
That night I called to invite her to go out for dinner and a movie.
Read the rest of this entry »


Kerja itu satu ibadah

January 6, 2008

I really enjoy doing my job. I like to stay back till mid-night.
What ever, semua tu urusan keduniaan semata2.

Kerja. Perlukah ia? mesti lah , kene kerja nak cari makan kan. do something that could contribute to people. they can use it as their something good for their life. Kerja yg dilakukan dgn hati yg suci, lagi ikhlas, akan beroleh kepuasan. Biarlah ianya satu pengorbanan yg tidak nampak pada pandangan org ramai. namun, ianya memberi kepuasan! Kepuasan itu sudah tentu ada nilainya.
Nilai?
Nilai dlm erti kata bernilai, satu perkara yg sangat berharga utk ‘mereka’ itu. Golongan yg mendapat nilai itu sudah pasti akan merasainya.
Kaitan ‘nilai’ & ibadah? Nilai itu bererti & mempunyai maksud si pelaku, anugerah dr Dia, berupa ganjaran. jadi kerja yg berpaksikan kepada hati tulus mulus, bersih, jernih, cerah, lutsinar, berkilauan, gemerlapan, disuluhi cahaya ‘kepercayaan’ yg sangat terang & jelas, sudah pasti akan menghasilkan ‘kepuasan’ di kemudian hari. Yakin lah dgn janji2-Nya. Maka beruntunglah org2 yg faham akan isi kandungan peninggalan zaman berzaman, catatan ’suci’ Maha Agung, perutusannya melalui Baginda (saw).
Akal akan memimpin hala tuju si berakal itu menuju ke fitrah yg suci, yg secara semulajadinya akan menuju ke arah itu. Itu adalah hari kemudian. dan hari kemudian itu adalah maksud hidup org2 yg ber’aqal.
Selamat malam wahai pencari kebahagian hidup…


Jadikan al-Quran dekat di mata, lekat di hati

January 1, 2008

Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz.

Allah berfirman, Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan padanya (tentang datangnya dari Allah dan sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa. (al-Baqarah: 2)

Kehebatan al-Quran yang mengandungi 6,236 ayat sebagai petunjuk kepada manusia bukanlah rahsia. Namun, masih ramai yang tidak mahu menjadikannya sebagai panduan hidup.

Read the rest of this entry »


Zakat Pendapatan, sudah bayar?

December 10, 2007

“It is obligatory for every Muslim to give ‘sadaqah’ (zakat)”. They asked, “What about those without any wealth? The prophet answered, “Work to get something for himself, then give ‘sadaqah’.” They asked, “What if they don’t have any work?” The Prophet said, “Assist those who seek help”. They asked again, “What if we are powerless?” The Prophet replied, “Efforts to promote goodness and fight evil is a sadaqah”.

Salamualaik…
Tahun 2007 semakin berlalu, akan tiba pula thn baru tahun masehi 2008 , dlm beberapa hari lagi. Apa cerita azam thn baru utk thn lepas? Thn 2008 akan berazam baru pula…? Dah tercapai kah azam thn lepas?
Apapun azam kita, satu perkara yg tidak harus dilupakan. Setahun saudara mencari rezeki, adakah kita yakin bhw duit yg menjadi darah daging kita betol2 bersih? Cara membersihkan nya tak lain tak bukan, adalah melalui zakat. Ini adalah tuntutan agama. Jika anda tak tahu mcmana nak calculate zakat, calculator dibawah mungkin membantu.

http://www.zakatsel.com.my/baru/k-zakat/kalkulator_pendapatan.asp


Nak bercouple tak?

November 29, 2007

Nak couple boleh tak?

Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.


Apa Itu Ber ‘couple’?

Ber‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ada yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.

Read the rest of this entry »


Bahana Hutang

November 23, 2007

08-05-07_1059.jpg

sudahkah sahabat, rakan taulan, saudara/ri melangsaikan hutang? selesaikannya sebelum ia menjadi semakin parah. sehinggakan boleh membawa , terbawa2 ke tempat bersemadi. akhirnya menyebabkan ia membawa kemudaratan kepada org yg masih hidup.


Nilai 20 sen

November 15, 2007

apa nilai 20sen bagi anda?

penulis: berapa ye harga semuanya?
cashier: lima ringgit sepuloh sen
wanita itu: semuanya berapa dik?
cashier: lima ringgit dua puloh sen…
wanita itu: …{hulurkan RM5..}
cashier: harganya RM5.20 semuanya ,kak…lagi 20sen tak cukup…
wanita itu: erm, ini je akak ada dik. harga susu tin ni berapa ye? tak ada yg lebih kecil..?
cashier: erm….{serba salah…}
wanita itu: {serba salah…}
penulis: {dlm kocek banyak syiling ni…wait, tunggu kak…!}
wanita itu: {hulurkan juga RM5.00…}
cashier: {silence + bad face…=( }
wanita itu: takpe la, dik. akak beli roti je. akak letak balik susu ni…
penulis: {nanti kak!…biar saya yg setelkan lagi 20 sen…alamak, dah terlambat…}
wanita tu: berapa ye dik duit roti ni?
cashier: RM2.00…
wanita: terima kasih…{melangkah keluar kedai}
penulis: ….
penulis: ….

FirmanNya: “Tolong-menolong lah kamu dlm sesuatu kebaikan, jgn lah kamu tolong menolong dlm satu keburukan…”


Bersyukur seadanya

November 14, 2007

Firman-Nya: Bersyukurlah dgn nikmat-Nya, nescaya akan dilimpahkan lagi akan rezeki keatas kamu…” [aukamaQol]

ini sebagai satu lagi motivasi kepada umat islam dlm mengharungi hidup, aktiviti seharian. penulis ingin fokus dlm konteks kehidupan sebagai muslim di tempat kerja. khusus utk mereka yg bekerja mencari rezeki halal. fokus penulis utk memberi ingatan buat diri ini yg amat longlai + lemah, kadang2 bersemangat, kadang2 lemah kembali, dan seterusnya terjadilah satu rangkaian hidup yg tidak mencerminkan seorg yg cemerlang dr segi kegiatan seharian mencari rezeki. diri ini barangkali lupa pada kalimah keramat: bersyukurlah, nescaya akan Ku tambahkan nikmat Ku…
dlm konteks kerja, penulis ingin sekali lagi memotivasikan diri ini serta kalian sahabat diluar sana, agar sama2 bersemangat dlm membuat kerja, kerana kerja itu adalah satu amanat. org yg tidak peka dgn amanat ini, penulis berani mengistiharkan mereka itu sebagai golongan yg dikatakan ‘pentingkan diri sendiri’. soalnya, mengapa??
bersyukur bukan bermaksud utk melemahkan langkah menuju ‘kehadapan’ dlm konteks kerja, tapi bermaksud utk terus mara+maju & berdaya saing. disamping tidak melupakan bhw masih ada golongan yg tidak bernasib baik dr kita. maka, bersyukur lah…nescaya kamu akan ‘kuat’ dlm melaksanakan amanat kerja seharian kamu….insyallah
jumpa lagi =)


Master?

November 4, 2007


tuntutlah ilmu walau ke negeri china. lebih kurang itu lah maksud sebuah riwayat.
ini menunjukkan betapa ilmu itu perlu di dalami, walau dimana jua kita berada. ada peluang utk meneruskan pembelajaran ilmu, maka teruskan. diketahui bhw ilmu itu boleh diperolehi dr 2 faktor yg berbeza, iaitu lah pertama menerusi pengalaman seharian, yg sering dipanggil sbg ilmu tak formal, & yg keduanya ilmu secara formal yakni melalui sistem yg terperinci yg telah diatur, diolah sebegitu rupa supaya ilmu itu boleh dirujuk & diperhalusi oleh generasi semasa ke generasi seterusnya.
bercerita pasal ilmu ni, penulis sebenarnya ingin mencuba nasib. mencuba nasib utk memohon melanjutkan disiplin ilmu kejuruteraan yg telah diperolehi sehingga peringkat sarjana muda shj. ilmu engineering ini lah telah mematangkan penulis dlm mengharungi hidup ini…
masa cukup mencemburui. skrg penulis terpaksa strict & ketatkan masa utk sesuatu aktiviti. penulis sedang belajar utk menjadi seorg pengurus yg berjaya…berjaya mengurus diri & org di sekeliling dgn baik & saksama, insyallah.

salam hormat + slmt mlm…