Hidup ini satu persinggahan..

July 10, 2009

Subhanallah…
sangat leka manusia. sungguh leka dengan urusan duniawi yg tak pernah sudah. hanya manusia yg cerdik yg mampu membezakan mana yg perlu dikejar, mana yg perlu ditinggalkan. sungguh, perjalanan ini masih jauh. hidup ini adalah suatu persinggahan yg bersifat sementara. sangat singkat persinggahan ini. umpana dikatakan persinggahan dipelabuhan. perjalanan harus dieruskan…subhanallah…
hasil persinggahan hidup ini, alhamdulillah, saya telah dianugerahkan satu @ sebuah ciptaan Allah yg sangat saya syukuri…NIKON D90. Spesifikasinya adalah seperti berikut:
D90
Lensa 18-105mm
Adjustable tripod
4GB Memory Storage
Beg Nikon
seberkas SYUKUR.

nikon-d90

Alhamdulillah, inikah erti persinggahan hidup di dunia ini…?


Qunut Nazilah

January 16, 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dakwah.info

December 30, 2008

link yg bagus untuk dikongsi. pelbagai maklumat boleh didapati disana. dakwah.info

sama-sama kita manfaatkan web tersebut.
ilmu yg dicurah, makin bertambah hendaknya…
insyallah..


mencari, menjadi…

November 17, 2008

menjadi itu lebih bagus, lebih dianjurkan daripada mencari…
bila menjadi, maka akan dpt mencari…
mencari sampai bila pun akan terus mencari…
tetapi…
jika engkau menjadi…
maka jadi lah ..
jadi seperti yg ingin dicari…
insyallah…


Mr.Ameen Pouya

September 1, 2008

ceramahonline

http://www.ceramahonline.com/mrameen-pouya/best-quran-recitation-video_ddd0a8ba9.html


1 ramadhan

August 31, 2008

salam ramadhan untuk umat islam seluruh pelusuk alam…
alhamdulillah penulis telah selesai menunaikan solat taraweh untuk mlm pertama. azam thn ni untuk teruskan azam2 thn sudah. tahun sudah azam tidak tertunai, lantaran dek cerita duniawi yg tak pernah sudah…yg tak pernah luak. thn ini, syukur lagi sekali, kerana berpeluang untuk menadah tgn untuk membuat ‘clearance’ , hajat. knp ramadhan baru berkesempatan menadah tangan…
itu la dia, kelemahan iman penulis…

” Ya Allah, selamatkan kami dari segala kejahatan n kecelakaan. Kami takut, kami harap kepada-Mu. Suburkan lah cinta kami kepada-Mu…kami la hamba, yg mengharap belas dari-Mu…”

Selamat berjuang dibulan mulai, Ramadhan al-Mubarak, sahabat2 semua…
Selamat berqiamullai. Esok penulis cuti tanpa rekod. Tanpa rekod? yer…tanpa rekod. sebab kita baik dgn majikan. Kalau baik dgn Allah, insyallah dibangkit kan diakhirat dgn tanpa hisab. Ameeeenn…

Selamat tidur semua…


Merdeka & Ramadhan

August 30, 2008

segala puji hanya layak bagi-Nya…
hari ni rakyat malaysia menyambut hari ulangtahun kemerdekaan yg ke-51. temanya berbunyi “perpaduan teras kejayaan”.
maksud tersirat merdeka bagi penulis adalah merdeka hati. hati yg merdeka, bermakna bebas kemana shj. bebas berfikir & bebas mengembara. tiada sekatan. namun, islam menyeru agar umatnya tidak ter-babas. biasalah, muda-mudi sekarang amat mudah terbabas. mat rempit, dgn caranya mereka terbabas. org dewasa, dgn cara nya juga mudah terbabas…

Sekadar renungan & bahan bacaan bersama…

OGOS merupakan bulan merdeka di tiga negara Asean – Singapura (9 Ogos), Indonesia (17 Ogos) dan Malaysia (31 Ogos). Bahkan di benua kecil India, kemerdekaannya juga pada 14-15 Ogos.

Seni kata lagu dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk arahan P. Ramlee agak unik: ‘Walaupun kita semua menjadi hamba…namun merdeka, hidup riang…’

Filem tadi terambil daripada dongeng Seribu Satu Malam (Alfu Laila Walaila). Zaman Ali Baba memang ditandai dengan perhambaan. Daripada perhambaan atau perbudakan, timbul konsep merdeka (juga pada zaman dulu disebut merdeheka).

Dalam istilah Arab, kemerdekaan disebut al-hurriyyah. Jadi, lagu yang ada ‘hurey’ bermakna ‘aku bebas atau merdeka’. Kemerdekaan merupakan suatu nilai yang amat tinggi dan merupakan anugerah Tuhan yang amat berharga bagi manusia.

Dalam peribahasa Arab, terdapat ungkapan, La syai’a atsman-u min-a al-hurriyah. Ertinya, tiada sesuatu yang lebih bernilai ketimbang kemerdekaan. Allah swt berkenan memberikan kemerdekaan itu kepada manusia dan tidak kepada makhluk lain seperti langit dan bumi.

Maksud firman Allah: ‘Datanglah kamu kedua-duanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa. Kedua-duanya menjawab: ‘Kami datang dengan suka hati’.’ (Surah Fushshilat: 11).

Kemerdekaan dalam Islam

Dalam Islam, kemerdekaan terkait dengan konsep Ketuhanan Yang Maha Esa. Manusia, sebagai makhluk tertinggi ciptaan Allah, tidak boleh tunduk kepada sesiapa pun selain daripada Allah.

Sebab, ketundukan ini mengandung makna perendahan. Penghambaan manusia kepada sesama manusia, apatah lagi kepada makhluk lain yang lebih rendah, dapat merendahkan harga diri manusia dan erti kemanusiaannya.

Dalam perspektif ini, hanya orang yang bertauhid dapat disebut sebagai orang yang bebas dan merdeka. Ia mampu membebaskan diri daripada pelbagai belenggu yang akan menjauhkan dirinya daripada kebenaran dan daripada kepatuhan kepada Ilahi.

Inilah kemerdekaan sejati yang dibawa dan disebarkan oleh para nabi sepanjang sejarah. Kemerdekaan ini pula yang didambakan Siti Ha nah, isteri Imran, ketika ia bernazar mengenai anak yang dikandungnya:

‘Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi anak yang bebas dan merdeka.’ (Surah Aali Imran: 35)

Kekata muharrar (orang merdeka) dalam ayat ini, menurut banyak pakar tafsir, bermakna muwahhid, iaitu orang yang tulus dan sepenuh hati menuhankan Allah dan menyembah hanya kepada-Nya.

Menurut ahli tafsir, Imam al-Ishfahani, merdeka di sini juga mengandung makna akhlak iaitu mampu membebaskan diri daripada sifat-sifat tercela seperti tamak (rasuah), bongkak dan takbur.

Apabila sesebuah negara merdeka, maka perhambaan berakhir.Walaupun manusia ada yang kaya dan miskin, se muanya sama di sisi Ilahi sebagai hambanya. Oleh itu, si kaya tidak boleh memperbudak si miskin. Perlu ada undang-undang dan pelaksanaannya untuk menyekat hal ini.


Demi Masa [lesson learnt]

August 11, 2008

demi masa, manusia sesungguhnya dalam kerugian.
satu iktibar dari kisah seutas jam tangan ‘seiko’.
SEIKO, nama diberi. terbina dari seni bina asli, karya org2 jepun. teknologi dari negara terbit matahari. sususan ‘micro gear’ didalamnya, sudah memadai untuk menceritakan bhw betapa bersungguh2nya jam ‘seiko’ bekerja, demi masa. demi mengejar masa. akhirnya suatu hari, tewas jua ‘seiko’. kenapa ianya dikatakan tewas?
pelajaran tersirat dari kisah jam seiko. untuk merungkai kisah jam seiko, suka penulis ingin berkongsi pengalaman peribadi penulis. lebih kurang 4 bulan yg lalu, penulis ‘bought’ this kind of jam tangan. telah terbina dalamannya dgn mekanisme kecil lagi halus. bersifat ‘automatic’, hanya perlu digoncang or shaking it or just simply put it at our wrist as watch, then it will automatically functions. that is why we call it ‘automatic watch’. namun, ciptaan manusia pastinya ada kecacatannya. walaupun ianya dipanggil dgn panggilan automatik, tetapi ia tetap akan terhenti jua, di suatu ketika setelah beberapa cycle berputar 24 jam sehari semalam. tiada alasan yg kukuh untuk menerangkan kenapa ianya terjadi, sedangkan this ‘seiko is always been on my wrist during day time. it suppposed to be no problem at all in terms of its functionality. but i dont know why one day it stop!
even ‘seiko’ sekalipun, tetap berkejaran mengejar masa. apatah lagi manusia. kita. kita ini. yaitu ahli bumi, yg diberi amanah sebagai pentadbir (khalifah). semestinya sepanjang masa mengejar masa. dari situ teringat akan satu pengajaran lain, yg diperolehi oleh seorg ustaz, seorg kwn juga. ianya berkaitan dgn keberkatan masa.

demi masa…
manusia dlm kerugian…
kecuali org2 yg sabar…
kecuali org2 yg berpesan dgn kebenaran…

persoalan lain timbul. semakin hari semakin kelam kabut manusia, dek urusan duniawi yg semakin rancak diperdagangkan. kenapa jadi begitu? sedangkan disuatu hari yg lain, tidak pula terjadi kelam kabut itu. disitulah kaitannya antara masa, dgn soal barokah masa itu sendiri. Allah kurniakan 24 hours per day. everyone of us, will have same calculation. there should not be 25, 28 hours per person, not at all!. tetapi kenapa still tak cukup.
seorg ustaz telah memberi jawapan suatu ketika dahulu…iaitulah MUSLIM YG BERKAT AKAN MASANYA, AKAN PANJANG AKAN MASANYA..


Istikharah..?

July 17, 2008

Dari Paka, rumah tumpangan…
Penulis menunggu isyarat kali ketiga. Isyarat dari langit. Adakah pilihan hati ini tepat atau tersasar, hanya Dia yg Mh Mengetahui. Atas alasan itu, isyarat kali ke-3 sangat2 ditunggu. Hati ini masih ragu2. Masya-Allah. Mengapa semua ini terjadi. Sukar untuk penulis menerangkan kenapa, dan mengapa. Limaza?
Hati ini, barangkali agak keras. Keras disebabkan noda2 khianat terhadap hati ini. Noda2 khianat ciptaan sendiri, barangkali. Sukar untuk diulas disini.
Menceritakan soal pilihan hati ini, penulis terjumpa satu ulasan artikel dari sumber internet, yg agak waras kenyataannya. Katanya, pilihan hati itu tidak semestinya didasarkan kepada jelmaan ‘mimpi’ semata2. Malah Islam itu sendiri amat ringkas & jelas dalam menjelaskan isu pilihan hati. Penulis ingin berkongsi sesuatu, kira2nya ada teman2 diluar, yg menghadapi krisis hati, untuk membuat pilihan yg mana satu adalah terbaik.

Read the rest of this entry »


Doa: Cable yg terbaik…

January 26, 2008

Assalamualaikum sahabat kenalan diluar sana,
Baru baru ini penulis mendapat satu berita gembira. Namun disebalik kegembiraan itu, terselit satu dua dilema. Mana satu yg terbaik bagi diri ini. Buntu dibuatnya. Alhmadulillah, setelah beberapa ketika sabar menanti ilham dr langit, akhirnya penulis seolah2 nampak akan sinar cahaya dihapadan, walaupun agak samar, namun ianya cukup untuk diri ini membuat pilihan terbaik bg diri ini.
Ceritanya berkisar tentang hala tuju masa depan.
Islam tak mengahalang pemudanya mengejar dunia. Islam tidak sesekali menyekat kemajuan dalam soal keduniaan penganutnya. Jauh sekali melarang atau mengharamkan terus umatnya utk terus mengorak langkah memajukan diri, mengumpul harta, merantau mencari rezeki, & kemajuan2 yg semaksud dgnnya. Jika diberi pilihan A & B, yg mana keduanya adalah terbaik, itu lah yg menjadi dilemma. Takut nanti, keputusan yg dibuat tidak tepat & akan mengundang kemelut & penyesalan di kemudian hari. Penulis hanya mengharapkan ilham serta bantuan dr-Nya , & alhamdulillah, seakan2 sudah jelas jawapan & serta jalan yg harus dipilih nanti.
Ringkasnya disini, dua maksud penting yg ingin dikongsi, ditekankan & dinyatakan disini. Penulis bukan lah seorg bijaksana mahupun ahli falsafah, tetapi ingin memajukan diri melalui perkongsian pengalaman serta nilai kemajuan penulis sendiri yg garapkan:
1. Doa adalah cable yg terbaik. Seringkali bermain persoalan diminda ini. Untuk mandapat tempat di dalam institusi tertentu, utk mendapat tempat terbaik didalam hirarki masyarakat, secara umumnya dunia hari ini, seseorg itu perlukan ‘cable’ yg kuat.
–bersambung….


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.