Keajaiban Malam

January 15, 2007

Salam ceria, salam hormat, salam-salaman kita sesama anak Adam…
Malam ini cukup hening sekali. Terasa sungguh keheningan malam ini. [Sebenarnya awal pagi]…
‘Malam’…adalah ciptaan-Nya. Sama juga dgn kita, manusia. Juga ciptaan-Nya. Namun, si-malam amat patuh & akur dgn peraturan alam ini. Bila sampai masa ia beredar, ia akan beredar, bila sampai masa ia akan ‘berhenti’, dia akan berhenti. Tetapi, sehingga ke saat ini, belum lagi ada perintah dari-Nya utk memberhentikan pergerakannya sehari semalam. Sejak zaman berzaman, dari zaman ‘datuk’ kita, Adam a.s, ‘malam’ tetap patuh. Dia pergi & muncul. 24 jam sehari semalam, 7 hari seminggu, 12 bulan setahun, sepanjang tahun, sepanjang zaman…sehingga ke hari ini.

Cerita ‘malam’ agak berbeza dgn cerita ‘manusia’. Dari dahulu hingga la sekarang, manusia sentiasa rakus. Tidak ingat asal usul, sehingga lupa, lupa & terus lupa. Lupa bahawa dunia ini hanya lah sementara. Yang menghairankan, manusia telah tercipta sebagai ciptaan yg sempurna. Dibekalkan satu kurniaan yg tidak ada pada si-malam. Apa itu? Tak lain tak bukan…AQAL.
Dengan akal, manusia dapat berinteraksi dgn alam. Dapat berkomunikasi dgn makhluk lain, bergantung pada keadaan & ketika. Aqal juga membuatkan manusia tidak sama dgn haiwan. Manusia itu kononnya dapat membezakan antara kaca & permata. Tetapi saban hari, seringkali manusia mencatatkan cerita-cerita, kejadian-kejadian yg tak sepatutnya terjadi, yg mana rata-rata kejadian2 itu adalah tidak menggambarkan makhluk yg disediakan akal bersama2nya. Cukup sedih bila membicarakan akan hal ini…
….kerana yg mendengar & meratapi kejadian itu adalah juga makhluk yg juga bergelar manusia…
Amat sedih sekali!
Kerana manusia tadi adalah keturunan manusia. Tambah sedih bila keturunan manusia itu tadi bergelar Muslim. Muslim yg tak Mukmin.



Selamat malam wahai ‘malam’…dr makhluk keturunan manusia. Sesungguhnya keturunan ini akan mengejar ‘dunia’…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: