Prof Qaradhawi Menyeru Umat Islam Membebaskan Al-Quds Dan Masjid Aqsa

January 18, 2007

Seruan ini adalah satu seruan yang baik dan suci
dan ia sememangnya boleh menjadi satu batu asas
kepada satu perpaduan jitu umat Islam seluruh dunia.

Pun begitu seruan ini akan hanya tinggal seruan dan
telah terbukti selepas berpuluh puluh tahun tiada apa
apa yang berlaku selain daripada kegagalan demi
kegagalan, penghinaan demi penghinaan dan pembunuhan
demi pembunuhan terus berlaku keatas umat islam

Kita kemudiannya selalu diberitahu punca utama kenapa
kita masih gagal adalah kerana kita tidak dapat bersatu
sesama Islam terutama dipihak negara negara Arab dan
juga sebenarnya dikeseluruhan Dunia Islam.

Kita tidak bersatu padu seperti yang dikehendaki oleh
roh Islam, atau pun ruh Alquran itu sendiri.Kita berbeza
pendapat, pendirian dan pegangan dalam banyak hal.Malah
untuk menjadikannya lebih parah kita kemudiannya banyak
berbeza didalam memelihara kepentingan rakyat, negara, dan
mungkin juga kuasa negara sendiri.

Ini lah halangan utama terhadap kemajuan umat Islam.
Selagi perkara ini tidak diatasi selagi itulah umat Islam
tidak mungkin akan berjaya malah akan terus di pandang sepi
dan akan terus diperlekehkan.Soalan yang timbul kemudiannya
ialah bagaimana kita akan dapat mengujudkan satu perpaduan
yang jitu dikalangan umat Islam seluruh dunia.

Ini adalah satu persoalan pokok. Oleh itu kita perlu merujuk
semula kepada Alquran dan mencari petunjuk yang telah diberi
oleh Allah melalui kalamnya Alquran dan disampaikan
melalui lidah Nabi akhir zaman.Kita tidak akan dapat merungkai
permasaalahan ini dengan hanya mengambil beberapa potong
ayat alquran yang telah kita fahami tanpa kita memahami keseluruhan
makna konsep sesuatu ayat itu.Melalui pemahaman makna asas atau
kefahaman konsep sesuatu ayat yang diturunkan itu kita akan dapat
menggabungkan beberapa ayat alquran yang mempunyai persamaan
konsep.Diantara contoh konsep ayat ialah seperti, konsep aman, damai,
perpaduan.peperangan,ilmu sejarah, ilmu sains, teladan,dan pelbagai lagi
yang kita boleh katogarikan mengikut kefahaman masing masing yang
selalunya adalah sama diantara kita dan tidak akan menjadi masaalah
sekiranya kita tersilap mengkatogarikan sesuatu ayat itu.

Ayat ayat yang boleh dikatogarikan sebagai ayat ayat yang memberi
petunjuk kepada perpaduan didalam islam adalah banyak cuma selama
ini kita terlepas pandang atau kurang memahaminya.Diantaranya yang
saya ingat…
1) Ayat yang menyuruh kita memberi 1/5 daripada harta rampasan perang
kepada keluarga nabi (zakat harta rampasan perang)
(perpaduan terbentuk dikalangan orang islam kerana
keluarga nabi adalah merupakan pemimpin tertinggi islam dan setiap
keputusan baginda dan keturunannya adalah dijamin dari segi
keadilan dan kebenaranya.)
2) Ayat yang menyuruh nabi kita memberitahu kepada ummatnya bahawa
baginda tidak mengharapkan apa apa balasan daripada ummat terhadap
usaha dakwah baginda selain seruan, agar ummat akan terus menyayangi
baginda dan ahli keluarga baginda. (Perpaduan akan terbentuk sesama
umat Islam atas dasar kaseh sayang terhadap keluarga nabi, kerana
setiap ummat islam mempunyai perasaan yang sama iaitu rasa
kaseh dan sayang terhadap nabi dan ahli keluarga baginda dan ia
adalah sesuatu yang wajib dan dituntut yakni tidak dapat tidak
mesti ada pada setiap orang islam yang beriman.
3) Ayat yang menyatakan bahawa tujuan Allah menjadikan manusia
dan jin adalah semata mata untuk menyembahNya.Ayat ini menyeru
kepada perpaduan dari segi niat setiap ummat iaitu hanyalah semata
mata kerana Allah yakni Agama Allah yang benar sahaja.Oleh itu
setiap ummat wajib menolak setiap dakwaan “Agama palsu” serta
menyisih diri dari mereka dan terus berpegang kepada kebenaran
yaitu Alquran dan keadilan iaitulah yang telah dijamin oleh Allah
bahawa tiada sesiapa pun diatas dunia ini yang dapat lebih berlaku adil
selain daripada Nabi dan ahli keturunan baginda yang terpilih.Oleh itu
adalah selayaknya mereka ini menjadi pemimpin dunia Islam.

Ini adalah diantara contoh contoh ayat yang boleh dijadikan panduan
didalam merangka perpaduan seluruh dunia islam. Tidak ada jalan
lain selain daripada kembali kepada ajaran islam yang sebenar iaitu
melalui panduan Alquran dan sunnah nabi serta sunnah para zuriat baginda
mengikut zaman masing masing (Imam yang duabelas)
dan mereka inilah yang dikatakan
tidak akan tersesat selama lamanya sehingga kehari kemudian
dan selain daripada ini adalah sesat belaka. Nauzubillahi min zalik.

Apabila ummat islam mempunyai kefahaman, pegangan, dan
perasaan yang sama terhadap islam yang sebenar serta sanggup
meletakkan agama sebagai perkara yang paling utama dalam kehidupan
seperti yang telah dicontohkan oleh para nabi dan Imam Imam
serta tidak lagi berbelah bagi didalam menangani sesuatu isu serta
sanggup pula berkorban dengan menuruti segala perintah semasa
daripada pemimpin Agama yang tidak kita ragui asal keturunannya iaitu
yang berasal dari rasul akhir zaman yang berakar umbi sehingga kemanusia
pertama Adam & Hawa maka bersaksilah kita bahawa kita sebenarnya
sedang mengikuti satu jalan yang lurus yang dijanjikan oleh Allah
dengan kemenangan di dunia dan juga diakhirat dan itulah dia
Agama yang benar.

Dan apabila kita telah berada dilandasan Agama Islam yang benar dari
segi hal pokoknya Agama maka segala hal hal lainnya akan menjadi lebih
mudah dan kemenangan sudah tentu akan menjadi milik kita umat
Islam keseluruhannya. Pemimpin atau ketua Agama kita akan menyelesaikan
semua permasalahan hidup kita melalui ilmuNya yang disandarkan terus
kepada nenek moyang mereka sehingga kepada nabi akhir zaman dan
beliau pula dibantu oleh keseluruhan umat Islam seluruh dunia yang siap
sedia menerima apa sahaja arahan bagai sedang hidup sezaman dan
seangkatan dengan para Nabi dan Imamul Zaman.

Berbanding dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini, umat Islam
semuanya sedang berada didalam keadaan yang kelam kabut. Kita
diserang dari pelbagai sudut kerana kita sendiri membuka ruang perpecahan
dengan mempunyai pelbagai kelompok tersendiri.
mereka mengetahui kelemahan kita dan sedang mempermainkan,
mengkudakan dan melembukan kita.Perkara ini tidak akan berlaku
sekiranya Ajaran Agama Islam yang sebenar telah ditegakkan.

Kesimpulan yang paling jelas ialah Ajaran Agama Islam yang sebenar
masih belum tertegak dialam dunia ini. Walau pun satu ketika dulu Ia
telah pernah terbina kini ia telah terpecah belah. Tidak ada jalan
lain selain daripada bersatu padu semula sebagai satu ummat yang
mempunyai aqidah yang sama diseluruh dunia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: