Iman & Amal

February 25, 2007

Salam to all…
Baru-baru ini terdengar satu kata2 mutiara dr seorg ulamak islam, juga ilmuan yg tak asing lagi dlm dakwah Islamiyyah di Malaysia…

” Ilmu yg tiada amalan , seumpama pokok yang tiada buah..”

Cuba kita renung sejenak kata2 diatas.Dua patah pernyataan memberi moral yg cukup mendalam buat kita yg bertafakkul. Berfikir sedetik, menginsafi akan diri yg selalu tewas pada ‘godaan’ nafsu & syaitan walaupun sedetik, lebih baik dr amalan ibadah seribu tahun yg dibuat hanya semata2 menuruti kehendak tuntutan Islam SEMATA2.
Orang kata kalau kita berilmu, yakni berusaha mendapatkan ilmu hanya semata2 kerana duniawi yg ‘meronta & berkejaran’, hanya akan membawa satu maksud yg tiada maksud. Ilmu yg dipelajari atas niat serta nawaitu yg selain dr redha-Nya, akan ‘datang & pergi’.Hari ini dipelajari, esok lusa belum tentu tersemat didada. Kerana apa? Kerana nawaitu manusia itu yg kejarkan kemewahan & duniawi semata2.
Seorg ilmuan Islam pernah berkata, jika kita berilmu, hanya semata2 kerana ingin mencapai mardhatillah akan sentiasa mendapat tempat di ‘mata dunia’. Dunia akan secara fitrahnya akan menerima kaum manusia yg berilmu yg hanya SEMATA2 kerana Allah…selagi mana dia berilmu semata2 kerana-Nya, bukan selain dr-Nya.
Kekayaan dunia yg bersifat sementara ini akan secara fitrahnya akan di perolehi oleh mereka yg berilmu kerana-Nya. Kita tidak seharusnya gusar akan jaminan dr Ilmu Islam ini, kerana selagi kita yakin & beriman, bertaqwa serta tawakkal kp Nya, nescaya diri kita akan tergolong dlm golongan mereka yg mendapat ‘bahagian’ nya di dunia, lebih2 lagi di ‘sana’ kelak….
Jadi suka di jelaskan disini, muslim juga muslimat seharusnya ingat & saling berpesan bhw ilmu itu seharusnya diletakkan atas sebab yg sepatutnya ia dituntut. Dgn cara itu , kita akan sentiasa mendapat kesenangan & ketenangan hidup di dunia ini, insyallah….

Selamat malam wahai saudara ku sekalian…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: