Pengalamanku roh dicabut….

August 5, 2007

Assalamualaikum…
Satu pengalaman yg ingin dikongsi bersama. Satu mainan mimpi kadang-kadang buat kita ‘tersedar’ dr kelalaian dunia. Kisah saheh yg dialami ‘like2cmoon’ sendiri beberapa hari lepas. Cukup menginsafkan & dapat merasai ‘nikmat’ yg barangkali hanya diberikan kepada mereka yg tertentu sahaja. Pengalaman mimpi dikala nyawa terpisah dr jasad…
Ceritanya bermula begini…

Satu pagi yg early,
terbaring tanpa tersedar..
Penat jerih pulang dari sarang kerja..
Sememangnya hari itu sangat penat..
Bergadai nyawa semata ringgit beberapa helai cuma…
Namun itu lah penyebab diri ini teramat penat pada kejadian hari..

Sesampai shj dr office..
Terus menerjah kearah lubuk mimpi
Tanpa disedari, diri ini terus hanyut & hanyut terus!
Penagalaman baru tercatat sudah, inilah dia mainan ‘wayang’…
Mainan ini seolah telah dirancang
Semua ahli keluarga telah bersedia menghadapi ‘pemergian’ diri penulis..
Dua kali roh dicabut…
Bermula dari hujung kaki hingga lah ke hujung kepada
Sewaktu rohku ditarik, terasa amat sunyi sekali
Amat pantas sekali..
Sehingga sampai ke halqum, terus ke kepala…
Mulut ini terbuka seolah ingin membenarkan rohku keluar melaluinya…
Namun, fitrah alam tetap fitrah..
Laluan roh hanya sempat menyinggah seketika dipersimpangan laluan mulut & kepala…
Namun laluan ke ubun ku, tempat rohku keluar..

Mata ini seakan ingin mengikut pergi bersama rohku,
Seolah ada satu kuasa magnet yg cukup kuat..
Rohku terus pergi melepasi ubun jasad
Si mata terpaksa akur akan rohku..
Rohku terus pergi, terapung seketika…
Barangkali ingin melambai & memberi salam terakhir kepada temannya…
Teman yg sehidup-semati…
Teman yg biasa menjelmakan diriku ini,
Teman dimana tempat rohku tersarang..
Teman itu adalah aku…
Aku yg sudah kaku…
Membujur kaku & membeku kuning langsat…
Dan ketika itu, si mata terpaksa akur
Bahawa mata adalah sebahagian dari jasad
Jasad adalah ciptaan yg harus kembali kepada asalnya, bukan kembara bersama si roh…
Jasad yg asalnya hanya dr silikon…
Rohku terus melambai2…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: