Merdeka & Ramadhan

August 30, 2008

segala puji hanya layak bagi-Nya…
hari ni rakyat malaysia menyambut hari ulangtahun kemerdekaan yg ke-51. temanya berbunyi “perpaduan teras kejayaan”.
maksud tersirat merdeka bagi penulis adalah merdeka hati. hati yg merdeka, bermakna bebas kemana shj. bebas berfikir & bebas mengembara. tiada sekatan. namun, islam menyeru agar umatnya tidak ter-babas. biasalah, muda-mudi sekarang amat mudah terbabas. mat rempit, dgn caranya mereka terbabas. org dewasa, dgn cara nya juga mudah terbabas…

Sekadar renungan & bahan bacaan bersama…

OGOS merupakan bulan merdeka di tiga negara Asean – Singapura (9 Ogos), Indonesia (17 Ogos) dan Malaysia (31 Ogos). Bahkan di benua kecil India, kemerdekaannya juga pada 14-15 Ogos.

Seni kata lagu dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk arahan P. Ramlee agak unik: ‘Walaupun kita semua menjadi hamba…namun merdeka, hidup riang…’

Filem tadi terambil daripada dongeng Seribu Satu Malam (Alfu Laila Walaila). Zaman Ali Baba memang ditandai dengan perhambaan. Daripada perhambaan atau perbudakan, timbul konsep merdeka (juga pada zaman dulu disebut merdeheka).

Dalam istilah Arab, kemerdekaan disebut al-hurriyyah. Jadi, lagu yang ada ‘hurey’ bermakna ‘aku bebas atau merdeka’. Kemerdekaan merupakan suatu nilai yang amat tinggi dan merupakan anugerah Tuhan yang amat berharga bagi manusia.

Dalam peribahasa Arab, terdapat ungkapan, La syai’a atsman-u min-a al-hurriyah. Ertinya, tiada sesuatu yang lebih bernilai ketimbang kemerdekaan. Allah swt berkenan memberikan kemerdekaan itu kepada manusia dan tidak kepada makhluk lain seperti langit dan bumi.

Maksud firman Allah: ‘Datanglah kamu kedua-duanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa. Kedua-duanya menjawab: ‘Kami datang dengan suka hati’.’ (Surah Fushshilat: 11).

Kemerdekaan dalam Islam

Dalam Islam, kemerdekaan terkait dengan konsep Ketuhanan Yang Maha Esa. Manusia, sebagai makhluk tertinggi ciptaan Allah, tidak boleh tunduk kepada sesiapa pun selain daripada Allah.

Sebab, ketundukan ini mengandung makna perendahan. Penghambaan manusia kepada sesama manusia, apatah lagi kepada makhluk lain yang lebih rendah, dapat merendahkan harga diri manusia dan erti kemanusiaannya.

Dalam perspektif ini, hanya orang yang bertauhid dapat disebut sebagai orang yang bebas dan merdeka. Ia mampu membebaskan diri daripada pelbagai belenggu yang akan menjauhkan dirinya daripada kebenaran dan daripada kepatuhan kepada Ilahi.

Inilah kemerdekaan sejati yang dibawa dan disebarkan oleh para nabi sepanjang sejarah. Kemerdekaan ini pula yang didambakan Siti Ha nah, isteri Imran, ketika ia bernazar mengenai anak yang dikandungnya:

‘Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi anak yang bebas dan merdeka.’ (Surah Aali Imran: 35)

Kekata muharrar (orang merdeka) dalam ayat ini, menurut banyak pakar tafsir, bermakna muwahhid, iaitu orang yang tulus dan sepenuh hati menuhankan Allah dan menyembah hanya kepada-Nya.

Menurut ahli tafsir, Imam al-Ishfahani, merdeka di sini juga mengandung makna akhlak iaitu mampu membebaskan diri daripada sifat-sifat tercela seperti tamak (rasuah), bongkak dan takbur.

Apabila sesebuah negara merdeka, maka perhambaan berakhir.Walaupun manusia ada yang kaya dan miskin, se muanya sama di sisi Ilahi sebagai hambanya. Oleh itu, si kaya tidak boleh memperbudak si miskin. Perlu ada undang-undang dan pelaksanaannya untuk menyekat hal ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: